top of page
Nilai Murni Dalam Budi
Masyarakat Melayu
ART
KETERANGAN KARYA
Karya instalasi ini dihasilkan bagi membangkitkan ingatan atau kenangan pada zaman persekolahan. Seringkali ditanya mengenai cita-cita apabila dewasa nanti dan pastinya guru,doktor,polis dan askar adalah pilihan yang sering diberikan pada masa itu. Pabila dewasa, kita semakin sedar tentang pilihan yang dinyatakan pada zaman kecil dahulu dan menerusi pantun ini kesedaran terhadap proses menuntut ilmu itu akan berlaku pada setiap hari dan bergerak dalam kehidupan kita. Pantun Buah Cempedak Diluar Pagar adalah pembayang kepada pembelajaran yang berdasarkan pada prinsip persekitaran sebagai tenaga pengajar. Masyarakat melayu dahulu banyak mempelajari dengan unsur-unsur alam dan meniru dari perlakuan alam, justeru itu kebanyakkannya karya sastera tradisional banyak menggunakan alam sebagai metafora untuk dikaitkan dengan kehidupan manusia. Imej yang digunakan dalam penghasilan karya ini adalah seperti pembelajaran huruf jawi, abjad ABC, dan suasana seperti di dalam kelas darjah. Ini kerana, ianya untuk mengingatkan kembali zaman persekolahan pada waktu dahulu di mana kita mula belajar dari zaman tadika, sekolah rendah dan menengah dan juga seterusnya. Penggunaan warna dalam karya ini lebih menunjukkan tentang warna warni kehidupan kita, dimana sekejap kita di atas,sekejap di bawah dan supaya penonton yang melihat karya ini dapat merasai tentang suasana dan keadaan yang pernah dialami sewaktu menimba ilmu.

detail

1

2

3

4

5

6

7

8

9
bottom of page